ASSALAMUALAIKUM...
hye semua.. haa dh lama fa biarkan blog ni.. fa bukannya pandai sgt nak update blog ni sgt.. so simple blog.
tp klu kita share ilmu kat sni tak salah kan.. td fa terbaca article pasal hukum ada anak patung..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di
dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.” (Hadis riwayat
Imam Bukhari)
Secara umumnya, Islam tidak meredhai umatnya
menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan
yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun
seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak
menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang
seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup
segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik. Lebih
dari itu Malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di
dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan
keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.
Para
ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk
sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan
memiliki patung, tetapi pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan
selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh
a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi
diharuskan patung mainan untuk anak-anak.
Para ulama
terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf
al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr.
Mohammad Amarah.
Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam "Fatawa Muasirah" berkata Islam
mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang.
Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk
yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di
kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu.
Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam
untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada
hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri baginda yang
masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.
yang dikatakan harus memiliki anak patung adalah sebagai mana hadis Nabi s.a.w
Adapun
patung atau lukisan yang dibuat bagi tujuan permainan kanak-kanak,
ianya adalah harus hukumnya kerana ada riwayat daripada Rasulullah SAW
yang memberi rukhshah (kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan
pengeculian ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada
Aisyah r.a. berkata yang maksudnya,“Aku biasa bermain-main
dengan patung anak-anak perempuan di sisi Nabi SAW dan aku ada beberapa
orang kawan bermain-main bersama-samaku. Apabila Baginda masuk, mereka
menyembunyikan (patung-patung tersebut) daripada Baginda, Baginda
membiarkan mereka untuk bermain-main bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Syeikh
Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan
al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung
mainan anak-anak dan berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh
tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau
bahan-bahan lembut seperti plastesin dll).
Syeikh Atia
Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat
rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu
anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang
Islam, tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting
bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu
hidup tanpanya).
Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik
menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang
manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk
mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan
syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini
termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian
di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.
Dr. Amarah
dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah
merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada
nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman
Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap
akidah tauhid.
Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi
Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya
ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa
yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan
patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam,
serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu
Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk
bersyukur!'' Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang
bersyukur. (sabar'34: 12-13)
Kedua, patung yang dianggap
berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi
lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan
oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr.
Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat
penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat
Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?
Menurut
Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris
al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan
raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin
bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.
Secara
dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah
seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan
untuk penyembahan.
Kesimpulan
Zaman
kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan
atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang
berbeza dengan zaman Rasulullah SAW. Ada patung dari aloi logam, bahan
gentian plastik, kaca dan sebagainya. Maka langkah terbaik dan selamat
ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah,
pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia
menjebakkan kita di dalam perbuatan haram dan syirik tanpa sedar, jika
terdapat unsur atau bertujuan penyembahan dan pengagungan.
Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
No comments:
Post a Comment